Adnan Abu Hassan (ahli politik)

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Dato' Adnan Abu Hassan berpengalaman luas dalam bidang politik selain memiliki perwatakan mudah mesra dengan masyarakat antara faktor ADUN Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini terus diberi mandat oleh pengundi untuk menjadi wakil rakyat mereka. Meskipun pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), beliau bertanding di DUN Pilah, ia tidak mendatangkan masalah kepadanya untuk berbakti di DUN mana sekalipun kerana wadah perjuangannya untuk membantu rakyat dan menyantuni mereka.Beliau juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).Mendapat pendidikan tertinggi dengan memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya (UM), anak jati Kuala Pilah ini juga pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Muhammad dan Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak di Seremban.Dilahirkan pada 17 Februari 1970, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Ramadhawati Wahab dan dikurniakan lima anak.Dalam penglibatan politik, bekas ADUN Pilah selama sepenggal ini pernah dilantik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah pada 2008 hingga 2013.Pada PRU14, Adnan daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 3,456 undian ketika menentang Md Rais Mohamad @ Basiron daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 2,484 undi. Majoriti undi sebanyak 972.

Adnan Abu Hassan (ahli politik)

Lahir (1970-02-17) 17 Februari 1970 (umurĀ 51)
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Ismail Lasim
Pasangan Datin Ramadhawati Wahab
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Anak-anak 5
Sekutu gabunganpolitik lain Barisan Nasional